‘Cik Abang’ Category Archives

9
Dec

Jalan-Jalan Cari Makan – Laksa Ikan Sekoq Alor Setar

by Man in Cik Abang, Dunia Kami

Assalamualaikum semua..

Semalam kebetulan ada meeting di Perlis, jadi dengan gigihnya saya drive bertemankan Cik Akak dari Kajang ke Perlis. Dah selesai meeting keesokkannya harinya, terus balik ke Kajang. Dalam perjalanan tu (masih dalam kawasan negeri Perlis), perut lapar pulak. Akhirnya teringat satu episod Taste Selebriti yang selebriti terpilih waktu tu adalah Ayu Raudhah. Dia tunjukkan tempat makan yang best iaitu Laksa Ikan Sekoq.

Apa lagi dengan bantuan En. Waze, sampai lah di destinasi yang dicari tu.

Read the rest of this entry »

27
Nov

Proton Persona Campro IAFM tukar ke IAFM Proton Iriz?

by Man in Cik Abang

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak update blog.. Minta maaf sangat-sangat sebab profesion yang agak mengurangkan masa saya untuk berblog kebelakangan ini. Cuma ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai masalah Proton Persona Campro IAFM yang sangat popular iaitu masalah IAFM yang akan berbunyi (tak tak tak tak tak) bila tiba masanya. Kalau berbunyi tak tak tak yang sekata, insyaAllah ia boleh diperbaiki lagi.. Tapi kalau sudah berbunyi macam skru dalam tin yang digoncangkan, itu bermakna ia tidak dapat diperbaiki lagi dan harus ditukar.

Proton Persona saya ni adalah kereta pertama saya dan alhamdulillah telah berkhidmat dengan jayanya selama 7 tahun serta dah selesai hutang. Jadi ada sentimental value disitu sebenarnya, sebab tu saya akan cuba pastikan ia sentiasa mampu berkhidmat. hehehehe… Berkenaan dengan masalah IAFM ni, sebelum ni bunyinya tidak lah kuat sangat, tapi setelah saya guna sehingga tahun ke 4, IAFM dah mula berbunyi tapi perlahan… Jadi saya terus ke bengkel berdekatan dan alhamdulillah ia diperbaiki dan bunyi dah hilang. Read the rest of this entry »

28
Mar

Barkat Roti John Asli Dan Ayam Golek

by Man in Cik Abang, Cik Akak, Dunia Kami

Assalamualaikum semua..

Lama dah tak update blog ni. 2 minggu yang lepas, saya dan isteri balik kampung di Melaka. Tergerak nak makan roti john lah katakan. Teringat kawan-kawan kata Barkat Roti John. Google punya google, ada cawangan Barkat Roti John Asli Dan Ayam Golek ni dibuka bebetul belakang Giant Batu Berendam.

Dengan bantuan pakcik Waze, jumpalah kedainya..

IMG_20160312_191853_HDR Read the rest of this entry »

28
Apr

Willy Satay – Best in Kajang

by Man in Cik Abang, Cik Akak, Dunia Kami

IMG_20150428_200216

Kalau orang sebut jer nama Kajang, mesti dalam kepala akan terlintas Satey Kajang. Sememangnya begitulah kisahnya.. Kalau dahulu, Satey Kajang Haji Samuri memang sangat popular. Tapi bagi saya, Satey Kajang Haji Samuri dah ada lawannya.. Willy Satay boleh dikatakan satay paling best di Kajang buat masa ini. Read the rest of this entry »

27
Apr

Kisah pasal Streamyx

by Man in Cik Abang

streamyx-gst[1]

Ok, kisahnya pada Jumaat lepas, saya perasan ada ramai kontraktor/pasukan teknikal TM di kotak (nama tak pasti). Jadi mungkin maintenance biasa kot. Selepas tu internet saya tiba-tiba terputus, ‘connected’ balik dan jadi perlahan, boleh rasa perbezaannya. Untuk pengetahuan, saya melanggan pakej 4Mbps memandangkan kawasan saya tiada Unifi dan 8Mbps.  4Mbps tu lah yang paling laju. Read the rest of this entry »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
%d bloggers like this: