Cara-cara buat Popcorn Caramel (Bertih Jagung Karamel)

Nov 15th, 2015 by Man in Dunia Kami

 

Popcorn

gambar hiasan jer ni yer…

Salam semua.. hari ni terasa rajin pulak nak buat Popcorn Caramel sendiri.. yerlah.. asyik beli jer kan, apa salahnya kalau nak buat sekali sekala.. Jadi tadi terus singgah di Mydin dan belilah bahan-bahan berkaitan. Jagung pun beli dalam 500gm jer (sekilo RM8.00) di Mydin. Bahan-bahan lain memang dah ada pun kat rumah.. Oklah, saya kongsikan cara-cara buat Popcorn Caramel ni yer di bawah.

Bahan-bahan untuk jagung popcorn

  1. Setengah cawan jagung popcorn
  2. 2 sudu besar mentega (saya guna Buttercup)
  3. Minyak masak (sendiri bajet dengan berapa banyak jagung yang nak masak)

Bahan-bahan untuk buat Caramel pulak

  1. 4 sudu besar gula pasir
  2. 2 sudu besar gula perang (tak wajib, tapi saja letak)
  3. 2 sudu besar mentega

Cara-cara

  • Panaskan minyak, lepastu masukkan mentega dan biarkan mentega cair. Kacau supaya tak hangus menteganya. Kalau rasa macam dah panas, letak sedikit jagung dahulu. Mungkin dalam 3 butir ke, kalau dah meletup jagungnya, barulah letak semua jagung. Tutup periuk (kalau ada penutup yang kaca lagi bagus, boleh tengok jagungnya meletup-letup :D). Api jangan terlampau besar sebab takut hangus jagungnya nanti. Goyang-goyangkan periuk tanpa membukan tudung untuk ratakan jagung yang belum masak. Kalau dah takda bunyi tu, bolehlah tutup apinya dan asingkan popcorn yang dah masak tu di tempat yang lain.
  • Untuk penyediaan caramel pula, panaskan kuali/periuk tanpa minyak yer dengan api kecil. Kalau dah panas kuali/periuknya, letak lah gula pasir dan gula perang tu. Kacau sehingga cair lepas tu boleh letak mentega dan kacau sehingga rata. Jangan sampai hangus yer. Bila mentega dah betul-betul cair dan masak, dengan api yang kecil tadi, terus masukkan popcorn dan gaul sama rata. Jangan guna pengacau kayu yer, sebab nanti Caramelnya banyak diserap dalam kayu. Sebaik-baiknya pakai yang plastik atau besi. Tutup api dan bolehlah asingkan popcorn caramel tersebut.
  • Caramel dan popcorn perlulah dikacau secepat yang mungkin kerana caramel akan cepat mengeras jika sejuk. Jumlah gula dan mentega untuk buat caramel tu sebenarnya terpulang pada citarasa masing-masing, kalau nak lebih manis, boleh lah letak gula dan mentega lebih sedikit. Selamat mencuba.. 😀

photo165761377027336224

Bahan-bahan untuk buat Popcorn.

photo165761377027336225

Bahan-bahan untuk buat Caramel

IMG_20151114_194844_HDR

Panaskan minyak masak..

masuk_mentega

Masukkan mentega

Masakkan_mentega

Kacau mentega sehingga masak

IMG_20151114_195105_HDR

Masukkan dalam beberapa biji jagung, nak pastikan minyak dan mentega betul-betul masak.

IMG_20151114_195212_HDR

Jagung dah mula meletup (macam video bawah ni)

IMG_20151114_195803_HDR

Sampailah siap. Ok, seterusnya kita buat persediaan Caramel pula.

IMG_20151114_200030_HDR

Masukkan gula pasir dan gula perang di dalam kuali panas tanpa minyak.

IMG_20151114_200255_HDR

Kacau sehingga cair, selepas tu terus masukkan mentega.

IMG_20151114_200319_HDR

Kacau mentega tersebut

IMG_20151114_200337_HDR

Sampai keperangan. Pastikan api kecil.

IMG_20151114_200355_HDR

Masukkan popcorn dan terus gaul untuk mengelakkan caramel mengeras..

IMG_20151114_200728_HDR

Lepas tu bolehlah asingkan dan simpan didalam bekas kedap udara..

photo165761377027336228

Ok, siap.. boleh tengok cerita Polis Evo di Astro First.. 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: