Buku Ustaz Azhar Idrus, anda wajib beli

Mar 12th, 2012 by Man in Novel & Buku


Photobucket
Assalamualaikum semua..

Pada Sabtu yang lepas, sempat saya dan isteri menyinggah dekat Popular Book Store. Memang jadi kebiasaan saya dan isteri kalau ada masa terluang untuk keluar, mesti singgah di kedai buku. Terpandang satu sudut khas yang penuh dengan buku Ustaz Azhar Idrus. Apa lagi, terus sambar satu. Harga pun RM15.00, memang berbaloi sangat-sangat. Sebelum ini biasa tengok dengan youtube jer, tapi kali ini terus beli buku. Tajuk buku tersebut, ‘Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa’. Di dalam buku ini ada 12 bahagian terbahagi kepada;

1) Taharah
2) Wuduk
3) Solat
4) Puasa
5) Zakat
6) Haji dan Umrah
7) Aurat
8) Jual Beli
9) Nikah dan Kahwin
10) Al-Quran
11) Halal dan Haram
12) Isu Semasa

Disini saya ingin berkongsi dua persoalan yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus melalui buku beliau ini;

Menjawab Salam SMS

Soalan – Waktu ini ramai orang yang menghantar mesej dan memberi salam dengan ejaan sperti “A’kum,” “Askum,” “Aslmlkm,” dan “Asamakum.” Wajibkah saya menjawab kerana mungkin ia sudah mengubah maksud sebenar perkataan (Salam) itu?

Jawapan – Tidak wajib menjawabnya melainkan ditulis dengan sempurna “Assalamualaikum”.

 

Memejam Mata ketika Solat

Soalan – Apakah hukumnya sekiranya menutup mata ketika solat?

Jawapan – Menurut pendapat majoriti sarjana fikah, sunat membuka mata dan melihat tempat sujud ketika solat. Tetapi, sekiranya dengan memejamkan mata ia berasa lebih khusyuk, maka tidak menjadi kesalahan memejamkan mata kerana yang lebih penting ialah khusyuk dalam mata itu.

Oklah, itu saja.. Tak boleh lebih-lebih, kalau nak lebih, kenalah beli bukunya yer. RM15.00 sahaja. Jangan berkira untuk mendapatkan ilmu.. 🙂


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: