Buah Hawa (atau Zuriat)

Aug 8th, 2011 by Man in Dunia Kami

Pernah dengar buah Hawa? Atau ada sesetengah orang panggil buah Zuriat. Buah ni salah satu ikhtiar orang cakaplah untuk mendapatkan zuriat. Buah ini tak terdapat di Malaysia pun, dekat Arab sana. Kawan cik akak aritu pergi menunaikan Umrah, jadi dapatlah kirim beberapa biji. Kalau tak silap saya lebih kurang 40sen sebiji kalau dekat sana.

Dekat Malaysia ni ada yang jual sampai RM60 sebiji, mungkin sebab susah nak jumpa kot. Ada juga yang cakap dekat medan MARA raja laut pun ada jual, sebiji RM40. Tapi tak pernah pun pergi sana.. Harapnya, ikhtiar yang kami lakukan ini beserta dengan doa, insyaAllah membuahkan hasil.

Oklah.. Bagaimana rupanya buah hawa ni? Inilah bentuknya..


Buah Hawa Buah Zuriat
Buah Hawa Buah Zuriat

Nampak macam biasa sahaja buah dia kan.. Tapi masyaAllah, nak buka memang sangat-sangat mencabar. Mari kita teruskan..


Buah Hawa Buah Zuriat
Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah hawa ni kulit luar dia macam nipis dan lembut. Setelah kita potong lebih kedalam, barulah datang kepayahannya. Ia seolah-olah kelapa sebabnya dibawah kulit coklat gelap tu, seperti ada sabut. Sabut ni lah yang kita kena buang sikit-sikit. Memang susah dan mencabar. Lama-kelamaan lepas kita buang suma sabut (atau separuh), barulah kita sampai tempurung didalamnya pula.

 

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat
Buah Hawa Buah Zuriat

Tempurung dekat dalam ni pun azab juga nak ‘pecahkan’. Memang degil yang amat.. Kena berhati-hatilah dan jangan gopoh-gopoh, takut tercedera pula kang.. Lepas puas berhempas pulas, akhirnya berjaya juga keluarkan buah zuriatnya.. beginilah bentuk buat Zuriat dan apa yang ada dalam tempurung. Buahnya takdalah lembut, masih lagi keras.

 


Buah Hawa Buah Zuriat
Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Saya dapat keluarkan 2 biji buah zuriat, memang betul-betul mencabar..


Buah Hawa Buah Zuriat
Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat

Lepas buah zuriat berjaya dikeluarkan, tiba masanya untuk membuat air rebusan buah zuriat tersebut. Ada yang mengatakan kita perlu untuk belahkan dua. Ada yang kata tak perlu. Jadi saya rasa tak perlu belahkan, jadi terus saya rendam dan buat air rebusan buah zuriat tersebut.


Buah Hawa Buah Zuriat
Buah Hawa Buah Zuriat

Buah Hawa Buah Zuriat
Rebuskan buah zuriat tersebut sehingga warna air bertukar menjadi ala-ala kemerahan sedikit. Macam warna air ceri..


Buah Hawa Buah Zuriat
Buah Hawa Buah Zuriat

Minum setiap pagi. Sebelum minum tu, bacalah selawat ke atas nabi serta niat kerana Allah Taala untuk mendapatkan zuriat. Manalah tahu, ada rezeki, sangkut, insyaAllah.. Air rebusan tu boleh lah ditambah sehingga buah zuriat tu dah tak boleh nak keluarkan warna kemerahan tadi (jadi agak kejernihan). Rasanya agak kelat tetapi tidak pahit. Doakan kami juga yer.. Amin..

 

Perhatian :

Salam.. saya telah sediakan satu tempat khas untuk sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan jual beli buah zuriat. Pengiklanan ini adalah secara percuma tanpa bayaran. Sila kunjungi ke http://www.duniakami.com/iklan-percuma-buah-zuriat dan sertakan nama penjual serta email atau no telefon dibahagian komen. Saya akan letakkan di bahagian post utama kemudian. Peringatan, hanya untuk Buah Zuriat. Yang lain tidak akan dilayan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: