Buah Hawa (atau Zuriat)
Pernah dengar buah Hawa? Atau ada sesetengah orang panggil buah Zuriat. Buah ni salah satu ikhtiar orang cakaplah untuk mendapatkan zuriat. Buah ini tak terdapat di Malaysia pun, dekat Arab sana. Kawan cik akak aritu pergi menunaikan Umrah, jadi dapatlah kirim beberapa biji. Kalau tak silap saya lebih kurang 40sen sebiji kalau dekat sana.
Dekat Malaysia ni ada yang jual sampai RM60 sebiji, mungkin sebab susah nak jumpa kot. Ada juga yang cakap dekat medan MARA raja laut pun ada jual, sebiji RM40. Tapi tak pernah pun pergi sana.. Harapnya, ikhtiar yang kami lakukan ini beserta dengan doa, insyaAllah membuahkan hasil.
Oklah.. Bagaimana rupanya buah hawa ni? Inilah bentuknya..

Nampak macam biasa sahaja buah dia kan.. Tapi masyaAllah, nak buka memang sangat-sangat mencabar. Mari kita teruskan..

Buah hawa ni kulit luar dia macam nipis dan lembut. Setelah kita potong lebih kedalam, barulah datang kepayahannya. Ia seolah-olah kelapa sebabnya dibawah kulit coklat gelap tu, seperti ada sabut. Sabut ni lah yang kita kena buang sikit-sikit. Memang susah dan mencabar. Lama-kelamaan lepas kita buang suma sabut (atau separuh), barulah kita sampai tempurung didalamnya pula.


Tempurung dekat dalam ni pun azab juga nak ‘pecahkan’. Memang degil yang amat.. Kena berhati-hatilah dan jangan gopoh-gopoh, takut tercedera pula kang.. Lepas puas berhempas pulas, akhirnya berjaya juga keluarkan buah zuriatnya.. beginilah bentuk buat Zuriat dan apa yang ada dalam tempurung. Buahnya takdalah lembut, masih lagi keras.

Saya dapat keluarkan 2 biji buah zuriat, memang betul-betul mencabar..

Lepas buah zuriat berjaya dikeluarkan, tiba masanya untuk membuat air rebusan buah zuriat tersebut. Ada yang mengatakan kita perlu untuk belahkan dua. Ada yang kata tak perlu. Jadi saya rasa tak perlu belahkan, jadi terus saya rendam dan buat air rebusan buah zuriat tersebut.


Rebuskan buah zuriat tersebut sehingga warna air bertukar menjadi ala-ala kemerahan sedikit. Macam warna air ceri..

Minum setiap pagi. Sebelum minum tu, bacalah selawat ke atas nabi serta niat kerana Allah Taala untuk mendapatkan zuriat. Manalah tahu, ada rezeki, sangkut, insyaAllah.. Air rebusan tu boleh lah ditambah sehingga buah zuriat tu dah tak boleh nak keluarkan warna kemerahan tadi (jadi agak kejernihan). Rasanya agak kelat tetapi tidak pahit. Doakan kami juga yer.. Amin..
Perhatian :
Salam.. saya telah sediakan satu tempat khas untuk sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan jual beli buah zuriat. Pengiklanan ini adalah secara percuma tanpa bayaran. Sila kunjungi ke http://www.duniakami.com/iklan-percuma-buah-zuriat dan sertakan nama penjual serta email atau no telefon dibahagian komen. Saya akan letakkan di bahagian post utama kemudian. Peringatan, hanya untuk Buah Zuriat. Yang lain tidak akan dilayan..
Related posts:
27 Comments
This entry is filed under Dunia Kami and tagged with anak, buah hawa, buah zuriat, zuriat.
You can also follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
Or perhaps you're just looking for the trackback and/or the permalink.













salam buat semua saya ada jual buah zuriat kepada siapa yang berminat silla call saya 0132737078″ segera ok tq….. buah ne betul2 buah zuriat yang ori
August 11, 2011 12:16 PM
salam bertemu lagi….alhamdulillah,,,,saya mahu hapiskan stok buah zuriat ne sbb saya mau ke arap bulan 9 ini saya ke sana agak lama…..jadi siapa yang berminat nk beli semua stok saya….sila sms or call saya segera…0132737078
Salam,
Saya menjual buah zuriat dan serbuk debunga kurma
10 biji buah zuriat = RM 60
1 kotak serbuk debunga kurma = RM 38
PAKEJ JIMAT!
1 kotak serbuk debunga kurma + 6 biji buah zuriat = RM 60
Semua harga SUDAH termasuk pos laju. Hubungi 019-912 6450 atau http://herbazuriat.blogspot.com
Zack post cerita Testimoni & Pengalaman Yang Berjaya – Buah Zuriat (TERKINI!!!), jom tengok!
dkt mara sepasang rm5 je….kt chowkit 6biji dalam rm 10…
juli : kta kt chowkit ada…kt area mane yer??? kedai ker pasar???
dkt mara tu rasanya dekat medan mara sana.. rasanya pernah tgk aritu..
salam…
air rebusan tu kalau dah sikit tambah air je ke atau kena rebus lagi?
AlamHati post cerita Terima Kasih mohdzaid.com, jom tengok!
Salam..
Tambah pun pun boleh, lepastu rebus lagi. Sampai warna dia dah pudar..
buah zuriat nie sebenarnya diminum oleh isteri sahaja atau suami sekali?
Macam kami,berdua minumnya.. Tu lagi baguskan..
as salam…dya ade dt dr anty buah zuriat nie…belum cuba lagi…nk tanya…air rebusan tu ley cmpur ngn air lain ke? dya ade bc ade cmpur gne susu…kalo slain susu ley x?
Wassalam..
Saya tak pasti pulak kalau boleh campur dengan air lain. Tapi selagi tak menghilangkan khasiat buah zuriat tu takpa kot. Almaklumlah, air buah zuriat ni, kalau rebusan macam tu jer memang agak kelat dan berbau sedikit. Kalau tak tahan boleh muntah juga. Kepada sesiapa yang ada info, harap boleh berkongsi di sini dan dapat menjawab persoalan Cik Dya ni yer..
salamualaikom……. saya mahu kunsi malumat pasal buah zuriat ne…
saya mau tanya cik abang dari mana tahu cara untuk mendapat air buah zuriat itu…… sbb setahu saya khasiat buah zuriat hanya dlm sabutnya sahaja!
yang saya tahu dan juga pasti biji buah zuriat di jadi kan makanan unta di negri arab….
sabutnya pula ada baaanyak kasiat!
Assalamualaikum, saya ingin mencuba juga, dimana ada jual?
Wassalam..
Cuba cari dekat Jalan Raja Laut, Medan Mara. Saya ada jumpa haritu diorang jual dekat sana.. InsyaAllah, kiter berusaha kan..
salam buat semua siapa yang mencari buah zuriat or debunga kurma sila emil pada saya or sms saya ye…. my emil buahzuriat@yahoo.com
my nombor 013-2737078.
Salam.. saya telah sediakan satu tempat khas untuk sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan jual beli buah zuriat secara percuma tanpa bayaran. Sila kunjungi ke http://www.duniakami.com/iklan-percuma-buah-zuriat dan sertakan nama puan serta email atau no telefon dibahagian komen. Saya akan letakkan di bahagian post utama kemudian.
Salam, saya, puan waty, nak tanya…kalau suami tak mau minum mcmana ye..? leh ke saya minum sorang je? air tu leh tmbh gula batu ke untuk penyedap rasa ?
Wassalam Puan Waty,
Sebaik-baiknya minum berdua. Buah tu pun, kalau beli, digalakkan juga beli dua. Seolah-olah berpasangan. Sebab tu pun minum sebaik-baiknya bersama-sama. Kalau nak tambah sikit rasanya takda masalah. Jangan ditambah gula yang biasa tu sudahlah. Risau khasiatnya hilang. Sebaik-baiknya, minum air rebusan bulat-bulat, itu yang lebih baik. InsyaAllah..
Saya sedia menerima tempahan buah zuriat sepasang Rm 5.00 (tidak termasuk kos penghantaran) dan serbuk bunga kurma RM 25.00 sekotak. Sila buat tempahan sebelum 27 Mei 2012 sebab saya akan membawa jemaah umrah pada tarikh tersebut. Terima kasih.019-5760464 dan 05-6234431 (Hj Mohd Fauzi)
salam..saya ingin bertanya sekiranya kita makan 1 biji boleh ke…
Salam…
Isteri saya pernah bertanya pada orang terdahulu guna Buah Hawa ni.. sebaik-baiknya minum air dari dua buah tersebut. Seolah satu adalah suami, dan satu adalah isteri.. jadi rebus bersama-sama, dan diminum bersama-sama. itu petuanya.. Wallahualam..
assalam..
nk tnye klo serbuk debunga tu nk bt air ke?cmne sukatan die pulak ea?
Wassalam..
serbuk debunga tu kena tanya orang yang jual tu.. saya tak pernah cuba pun… tapi rasa mungkin nk cuba juga nanti..
assalamualaikum
untuk pengetahuan tuan/puan stok buah zuriat kami baru sampai siapa yang berminat sila sms saya 013-2737078
my emil buahzuriat@yahoo.com
shokran jazelan
salam. saya ingin tahu bila air rebusan buah zuriat ini boleh diminum? bolehkah ia diminum pada 1st day period dan selama mana ia boleh diteruskan minum? ada yang cakap sampai 44 hari.
[...] mendapat kunjungan yang hot mengenai Buah Zuriat semenjak Ogos 2012 yang lepas melalui posting http://www.duniakami.com/buah-hawa-atau-zuriat. Atas dasar ingin membantu kepada mereka berusaha untuk mendapatkan zuriat, saya dan Cik Akak telah [...]