Beraya di Perth, Australia

Sep 1st, 2011 by Man in Cik Abang

Pada hari raya tahun ini, giliran berhari raya di Johor Bahru pula setelah hari raya tahun lepas kami menyambut di Melaka. Hari Ahad yang lepas 28 Ogos 2011, saya dan isteri bertolak balik ke Johor Bahru. Dipertengahan perjalanan, singgah sekejap di Masjid Tanah, Melaka melawat keluarga saya.

Lepas tu perjalanan diteruskan ke Johor Bahru dan sampai dalam pukul 6.00 petang. Alhamdulillah perjalanan tersangat lancar. Sehari sebelum hari raya, dapat email dari bos mengatakan saya terpaksa ke Perth, Australia pada hari raya kedua. Sepatutnya saya ke sana pada hari raya ketiga, tetapi atas permintaan client di sana, saya terpaksa pergi ke Perth, Australia pada hari raya kedua. Jadi mahu tidak mahu, terpaksalah dipendekkan percutian saya pada kali ini dan selepas melawat kubur arwah ibu mertua saya dan rumah datuk saudara, tepat pukul 2.oo petang saya balik semula ke Ampang.


Sampai di Perth, Australia saya terus ke hotel yang biasa saya duduki. Nak cari kedai makan Malaysia yang biasa saya pergi iaitu Insan Cafe, masih tutup lagi sehingga 5 September. New Oleh-Oleh pula masih tutup, jadi akhirnya alternatif yang ada cuma kebab. Kebab pun kebablah, janji boleh makan dan Halal.. huhuhuhuh..

Pada hari ini pula, ada meeting dengan client iaitu Maersk Drilling di 1 Preston Street Como. Esok saya akan ke Ngujima Yin FPSO di Exmouth untuk melakukan aktiviti calibration. Selesai meeting, terus balik ke hotel semula.. Ingat boleh nak pergi makan malam, hujan pulak dah. Jadi terpaksa tangguh dulu lah plan untuk makan malam kali ini..


Isteri saya pula selamat sampai di Pulau Pangkor. Memang menjadi kebiasaan keluarga sebelah isteri saya untuk bercuti di luar setiap hari raya ke dua atau ketiga. Melepas kali ini nak beraya di Pangkor, tahun lepas beraya di Cameron Highlands. huhuhuhu.. Oklah, nak tidur. Esok kena check out pukul 4.30pagi. Sebabnya esok kena ambil lagi satu flight ke Exmouth pada pukul 6.00 pagi. Sampai di Exmouth barulah naik helikopter ke Ngujima Yin FPSO.. Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan ke 54!

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)
Man
View all posts by Man
Dunia Kami's website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. Selamat Berpuasa
  2. Hari Raya Aidilfitri 2010 di Cameron Highlands
  3. Mee Segera penyebab demam segera?
  4. Offshore Miri
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

4 Comments

 

CommentLuv badge

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.