Bekerja Offshore atau Pelantar Minyak

Assalamualaikum semua..

Oklah, banyak juga soalan dan pertanyaan yang saya dapat mengenai kerja Offshore. Ada yang bertanya bagaimana nak kerja offshore, apa syarat-syaratnya dan sebagainya. Oklah, disini saya beritahu serba sedikit apa yang diperlukan untuk bekerja offshore, setakat pengalaman saya.

Untuk yang ingin bekerja offshore, anda semua mestilah sihat tubuh badan, bersedia untuk menjalani ujian BOSIET (Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training). BOSIET adalah wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin bekerja di offshore, tidak kiralah apa jawatan sekalipun samada Engineer, Technician, Chef, Janitor, Imam Surau, Rigger, dan sebagainya. Tiada kompromi. Selain daripada itu, satu lagi kursus yang penting ialah Travel Safely by Boat. Kalau lulus ujian ini semua, insyaAllah anda boleh bekerja di Offshore.

BOSIET ini terdiri daripada HUET iaitu Helicopter Underwater Escape Training serta Sea Survival, contoh seperti dibawah;

Basic First Aid serta kaedah melawan api juga akan diajar. Selain daripada itu, jenis-jenis siren, H2S dan sebagainya juga akan dipelajari. Jika anda perlu untuk bekerja di negara yang mengikut standard OPITO, pusat pembelajaran yang anda pilih mestilah mendapat pengiktirafan OPITO. Di Malaysia, cuma ada 4 pusat pembelajaran yang mendapat pengiktirafan OPITO untuk BOSIET iaitu, Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd (ALAM), MSTS Asia di Johor Bahru dan di Miri serta SMTC Malaysia juga di Miri.

Jika BOSIET anda tidak mendapat pengiktirafan OPITO, anda tidak dibenarkan untuk naik ke pelantar yang mengikut standard OPITO seperti offshore di Australia. Penambahan di Australia pula, anda perlu mendapat satu kad khas yang dinamakan MSIC (Maritime Security Identification Card) yang dikeluarkan oleh badan khas yang diiktiraf oleh kerajaan Australia. Okaylah, nanti untuk entry seterusnya, saya akan sambung balik yer.. :)

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)
Man
View all posts by Man
Dunia Kami's website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Cik Abang and tagged , , , , , , , , , by Man. Bookmark the permalink.

About Man

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)

136 thoughts on “Bekerja Offshore atau Pelantar Minyak

  1. Salam,

    Terutamanya Pemilik blog ini..
    Nama saya Mr.os hehe orang panggil
    saya wald,saya orang baru kat blog ini
    diharap kedatangan saya di sini di alu-alu
    oleh pemilik blog ini,….:)

    Saya akan kembali lagi
    dengan tips yang berguna:)

    Terima Kasih
    oswald
    Berfikir Cara Saya

        • Salam bro man.

          Boleh abg minta tlg..utk dptkn pekerja2 offshore

          Tawaran kerja kpd yg miliki BOSIET.

          kalau ada sila sms/email/call pd sy…

          tq.0194304303/056642303.roy

    • salam dan selamt sejahera… saya bary habis diploma nursing di MAHSA UNIVERSITY collabration INSANIAH UNIVERSITY kelulusan CGPA 3.57…bagai mana saya nak memohan bekerja sebakai unit kesihatan di pelanatar minyak…sya amat berminat dan berharap dapat bekerja di pelantar minyak

  2. Pingback: Jawatan yang ada di pelantar minyak offshore - Dunia Kami

    • Assalamualaikum, to be honest this kind of job is not easy to get. You need to be more advanced then the others. You said that you are SPM holder, how about be one step ahead. Take some extra courses such as Welder, Rigger, Electrician etc. Or try to continue your study in Petroleum Technology.

      Keep trying.. InsyaAllah.. :)

  3. salam…sya nak tnya sikit..kpada abang..
    sya tngah belajar dalam bidang kejurutraan mekanikal….
    adakah saya ada peluang untuk bekerja di sektor ini..:)

  4. assalamualaikum .saya nak tanya sikit boleh tak saya ada certificate welder 6GC tapi sudah lama expired kalu saya pohon jawatan welder ada harapan tak.terima kasih

    • Wassalam..

      Kalau jawatan Service Engineer tu, takleh. Sebabnya requirement dari bos mesti degree. Tapi nak pohon jawatan welder kat syarikat ni, kami tak pakai welder lak.. takpun renew balik jer sijil welder tu, pastu cuba pohon keje kat MMHE ke, Kencana ke, Brooke Dockyard ke, ni suma fabricator yang tengah ada job skrg nih..

  5. salam….saya ada degree in mechanical engineering jawatan apa yang bole saya apply untuk bidang offshore in?terima kasih~

    • Wassalam..

      Kalau Degree, tak semua engineer duduk dekat platform. Engineer kadang-kadang jer turun platform. Melainkan technician jer yang duduk platform 2 minggu macam tu. Degree Mechanical boleh apply untuk Mechanical Engineer, Commissioning Engineer, Project Engineer..

  6. salam nk tyer smthng…kt offshore kalu nk kejer bhgian catering @tukangmasak rabun boleh x lepas wat pasport keselamatan n medical checkup

    • Wassalam..

      Mungkin agak sukar, sebabnya medical untuk pergi offshore agak ketat. Semua akan check, pendengaran, penglihatan, berat, tekanan darah, dsbnya.. Pendapat saya mungkin agak sukar.. Untuk buat Safety Passport Bosiet, mungkin takda masalah sebabnya medical untuk buat Safety Passport cuma untuk pastikan yang kita fit untuk buat training BOSIET jer. Tapi medical untuk pergi platform adalah berlainan. Medical untuk pergi platform lebih ketat..

      • oh begitu yer…emm saya baru2 nie ada pergi intrview utk position as cook kt syrikat catering utk offshore…dieorng ckp mmg boleh utk hire saya tpi dieorng sruh saya wat full mdical checkup dulu dgn pasport kselamatan…dah ader tuew br boleh anta ke maner2….tuew yg saya confius tuew…yela sbb nk wat sumer tuew guner dwet kan…takut 6t dh byar sumer n x lulus mmbazir je dwet tuew….saya nie mmg pkaispek mata…

        • pelik pulak.. sepatutnya, bila dia hired dah.. dia yang kena tanggung semua BOSIET dengan Medical Checkup… Platform dekat Malaysia ni follow standard Petronas dan diorang agak ketat sedikit.. luar Malaysia takda masalah, tak perlu medical checkup ni. janji ada BOSIET approve OPITO pun dah cukup..
          Cik Abang post cerita Buku Ustaz Azhar Idrus, anda wajib beli, jom tengok!

    • Wassalam…

      Pakai cermin mata takda masalah nak kerja offshore. Tapi maritime management tu saya tak pasti.. Sebabnya management dengan offshore pun adalah dari kalangan orang-orang lama technician yang dinaikkan. Majoriti yang menjadi core crew dekat platform adalah dari background technical. kecuali bahagian cooker, chef tu semua.
      Cik Abang post cerita Buku Ustaz Azhar Idrus, anda wajib beli, jom tengok!

    • Salam..

      kalau diploma, boleh mohon jadi tech.. Kalau welding, jadi welder kat platform sana.. memang ada position kat sana, bukan sahaja kat platform, kat fabrication yard pun pakai jugak..

  7. Asalamualaikum, saya ada bst dan sdg menghabis kan sisa kontrak tggl 3 bulan kapal general cargo. Bole ke saya menyertai offshore, saya ada bst je…

      • Untuk jadi crew kapal offshore (Supply, fast crew boat, anchor handling, work boat, barge dan lain-lain) anda perlu:
        1. Ada certificate Basic Safety Training (BST)
        2. Apply seaman card & Discharge Book (buku pelaut)
        3. Mintak keje kat company marine offshore.

        Namun begitu, terdapat course tambahan yang perlu dilalui. Ia bergantung kepada Charterer kapal tersebut seperti Carigali, Shell, Newfield dan lain-lain. Course tersebut seperti rigging & slinging (biasanya wajib utk crew marine), H2S, Boset dan lain-lain. Perbelanjaan mungkin ditanggung oleh syarikat. Biasanye untuk orang baru, kena keluar duit sendiri dulu.

        Akhir sekali anda memohon jadi crew kapal. Jawatan pertama anda adalah Deck rating atau engine rating. Disini saya berkongsi dgn anda syarikat2 perkapalan yg aktif di offshore:
        Alam Maritim, Bumi Armada, Jasa Merin, Intra Oil, OMNI, Ajang Shipping, Borcos, Tanjung Offshore, Bourbon, Petra

        Selain itu ada lagi operator perkapalan lain, yang armada nya tidak besar dan ada juga syarikat dari singapura. Yang penting, perlu rajin mencari.

        Selain itu, tempoh khidmat adalah lebih pendek dari kapal foreign going. Contohnya untuk crew kapal yg disewa oleh Petronas tidak boleh lebih dari 90 hari onboard, manakala Exxon/ Shell tidak boleh lebih 60 hari untuk sekali sign on.

        Selamat mencuba..

  8. salam,
    saya ada dip electronic…saye nk tau keje kat offshore ni berape lame duk kat laut dan darat..org yang ada kelulusan mcm saye ni kerja mcm mane?sy mmg zero bab offshore ni…

    • Wassalam..

      Saya sarankan sambung degree ambil electrical.. Untuk diploma elektronik, memang tiada kelayakan untuk kerja offshore (secara rasminya).. Melainkan vendor, mungkin mereka tak kisah.. Kalau di Malaysia, operation team selalunya menjadi kebiasaan shift 2 minggu offshore, 2 minggu off dan seterusnya.. tp kalau yang lain mcm vendor, surveyor, ikut job.. 3 hari pun ada, 1 hari pun ada, 1 bulan pun ada bahkan 1 tahun pun ada… heheheh.. tapi kalau takmo sambung belajar dah, cuba pelbagaikan sijil yang ada mcm sijil safety ke, sijil Ex ke dan sebagainya..

  9. ASSALAMMUALAIKUM,APA SYARAT KALAU NAK MINTA KERJA BOAT/SHIP/SUPPLY BOAT/CREW BOAT…………….APA DOCUMENT PENTING PERLU DI BUAT?HARAP BRO DAPAT MEMBANTU…

  10. Salam bro, saya ni final student degree mekanikal…kalau nak join oil n gas ni, mmg bmi kena less dari 2.3 untuk amek BOSET>>.

  11. assalamualaikum wbt,
    abg man,
    saya sekarang berkerja sebagai HELPER scaffolding,
    saya bercadang untuk meningkatkan kemahiran tersebut dengan berniat utk menjalani kursus scaffolding erect di cidb,saya ingin bertanya apakah cerah peluang saya seandainya saya mengambil bosiet untuk membolehkan saya berkerja di atas pelantar?selain BOSIET .apakah kursus lain yang selalu diambil perhatian oleh mana2 syarikat yang mengelolakan projet di atas pelantar?adaakah TSTC(terengganu safety training center di iktiraf OPITO?

    • Wassalam..

      Sangat lah sesuai untuk ambil kursus erect scaffolding.. at least kita ada kelayakan yang lebih setapak dari orang lain. Scaffolding memang sangat penting kalau di platform ni, BOSIET yang diiktiraf oleh OPITO cuma ada 3 sahaja.. 1 di JB dan 2 di Miri..
      Man post cerita Disebalik Tarikh 16 Mei…, jom tengok!

  12. seandainya saya mempunyai BST DAN TFA perkapalan,dan saya ingin menambah certified saya itu dgn mngambil BOSIET,dan saya hanya berkerja sebagai HELPER kini di paka,apakah peluang kerjaya yang saya boleh apply dengan menggunakan sijil dan pengalaman saya tersebut?saya berharap sangat abg man memberi perhatian terhadap pertanyaan saya ini?ini no tel saya xxxxxx DAN xxxxxxx,,,,dan saya berharap abg man dapat memberi no tel abg man sekiranya tidak keberatan,,,kerana saya ingin berjumpa dgn abg man untuk bertanya dgn lebih lanjut lagi?

    • Saudara Hieri,

      saya padamkan no telefon untuk keselamatan..

      BOSIET tu memang wajib kalau nak kerja offshore. Helper pun ada guna juga di offshore, tapi saya cadangkan upgrade seperti ambil kursus welding, fitter, scaffolding, rigger.. at least kita ada kelebihan sedikit berbanding orang lain..
      Man post cerita Disebalik Tarikh 16 Mei…, jom tengok!

      • ASLM..
        MANPOWER OFFSHORE.
        TAWARAN KERJA UTK JAWATAN DI PELANTAR MINYAK (OFFSHORE)YG MEMILIKKI BOSIET/MEDICAL.urgent…
        LOKASI TEGANU DEEP SEA.
        G.SUPERVISOR(PTW.Cert),RIGGER FOREMAN,RIGGER SCAFFOLD,FITTER,WELDER,SEMISKILL,QC INSPECTOR,SAFETY OFFICER,FIRE WATCHER.
        YANG BERMINAT SILA HUBUNGI DI TALIAN:
        05-6642303,019-4304303-ROY.
        SEGERA!!!!.

  13. assalamualaikum..
    bagaimana jika seseorang yang berusia lingkungan 37 tahun tiada certificate just SPM but berminat untuk masuk kerja offshore??
    pengalaman kerja more than 17 tahun in ship marine construction (Piping).

    • Wassalam..

      Cuba mohon syarikat manpower offshore.. manalah tau ada rezeki.. kalau pengalaman 17 tahun tu insyaAllah mungkin ada peluang lebih sedikit..

      Dayang Enterprise
      Petra Energy

    • Diploma Kejuruteraan Elektronik? mungkin sukar sedikit.. sebabnya di platform, kebanyakann yang ada cuma Electrical & Instrumentation, Mechanical, Process mcm tu..

  14. Salam Bang Man,

    Saya berminat utk buat borseit ni. Bleh saya tahu tak tentang requirement utk berat badan. kalau overweight lepas tak utk attend borseit

    • Salam..

      bukan Borseit.. BOSIET.. hehehe.. untuk buat BOSIET, takda masalah tentang overweight.. yang penting kena ada medical checkup yang mengatakan anda fit untuk buat training bosiet.

      Lepas dapat sijil/log book bosiet, kalau syarikat2 enduser takda additional requirement, takda masalah. Tetapi di Malaysia, standard Petronas digunakan di mana BMI tidak boleh lebih 33..

    • Salam..

      BOSIET takda masalah.. janji Fit, tapi kalau nak pergi offshore Malaysia ada masalah.. sebabnya standard Petronas BMI tak boleh lebih 33…

    • Wassalam..

      Crane operator selalunya kena ada sijil crane operator baru boleh operate crane. Dari segi pengalaman dan kemahiran, takda beza pun.. sama jer.. tapi kalau crane operator mungkin sukar sikit, sebabnya satu platform tu, cuma ada satu jer crane.. ada jugak yang 2.. jadi orang crane memang tak ramai..

  15. salam.. first saya nk ucap terima kasih kepada tuan blog sebab da bg byk info..

    2nd sy nk tya, saya ni sedang belajar dalam diploma in civil engineering (construction safety), ini lebih menjerumuskan saya kepada bahagian keselamatan. saya memang cita2 nak join offshore ni, so what is the next step saya?

    saya betul2 inginkan pandangan abang sebangai garis panduan saya. sebab anak sulong macam sy ni kurang pendedahan sikit.. harap abg boleh bantu mengenai jalan saya selepas ini unruk mencapai cita-cita saya…

    3rd,=) terima kasih..

  16. Salam,
    Sy ada sijil Safety Officer dan background sy dlm bdg Fizik…Sy nak mohon keje offshore…sy bcadang utk ambil Bosiet in-advance..patut ke sy ambil Bosiet dulu atau apply keje offshole sampai dapat dulu?abg ada cadangan yang lain utk sy?

  17. salam..saya ada sijil kemahiran malaysia tahap 1 dan 2 dan diploma tahap 3 dan 4 dalam bidang instrumentasi…dan sebelum ni saya ada pengalaman bekerja selama 3tahun di MMHE johor..skrang sy tidak bekerja so adakah sy layak untuk memohan petronas…apakah kelayakan posisi sy setarah dengan kelayakan akedemik dan 3tahun pengalaman kerja…dan sila nyatakan gaji sekali..hehehehe…terima kaseh

  18. salam abg man..saya memiliki sijil kemahiran malaysia tahap 1 & 2 dan diploma tahap 3 & 4 dalam bidang instrumentasi..sebelum ni saya ada pengalaman 3 tahun dengan MMHE di johor..so skrang ni sy tidak bekerja dan adakah sy layak untuk memohon petronas@shell setaraf dengan akedemik sy dan pengalaman saya 3tahun sy bekerja…apakah position yang sy layak..adakah peluang sy cerah untuk bekerja di offshore…1 lg abg man tolong nyatakan gaji sekali…onshore & offshore…hehehehe…terima kasih abg man…

  19. askum i m from pakistan and now working in gebang pahang as a electrician,i want working in offshore.i work in malaysia last ten year.i waiting ur respon

  20. Assalamualaikum abang man, saya nak tanya skit.. Bagi lepasan program degree senibina kapal dan kejuruteraan luar pantai UTM ada peluang tk utk kerja offshore ni.. apa jawatan yang layak dipohon.. terima kasih bnyak2

  21. assalamualaikum…
    saya grdute diploma dlm bidang offshore enginering..
    dan mempunyai BOSIET…
    untuk bkerje di offshore adakah sy perlu ambil BST???

  22. salam kenal…
    Saya skrang kerja helper mechanic di Onshore..saya ingin kerja di offshore bisakah orang seperti saya kerja di offshore,dan cara cari BOSIET itu gimana?adakah pelatihan khusus ,tapi saya cuma lulusan SMK.

  23. saya ader diploma in mekanikal gas,,n baru2 ni saya baru lepas amik welding inspector 3.1 dr PCN,,skrg ni otw nk buat bosiet..bagaimana nk mohon dalam sektor ini???0177793607

  24. assalamualaikum, abg man..saya alim dari melaka..saya berminat sungguh untuk berkerja di plantar petronas. saya menetap di melaka. saya ingin bertanyakan soalan, jika saya mempunyai diploma engineering (Electrical/Electronic..certification (PW4)2006, (SKM Level 1)2006, dan technician certificate 2006.. pengalaman dalam engineering ni da enam tahun..adakah saya boleh apply kerja di plantar petronas ini..??

  25. salam…saya bdk baru dlm bidang ni,,,saya nk tanya,,saya ni teringin gak nk p keje kt ofshore ni,,masalah nyer x saper yg dpt bantu mencari peluang,,saya ade pengalamn dlm bidang piping selama setahun stgh,,ade diploma mekanikal gas,,baru2 ni saya baru jew buat course welding inspector 3.1 dr cert yg dikeluarkan oleh PCN,,dlm masa terdekat ni saya nk buat bosiet di johor port,,ada sapa2 boleh bantu saya,,segala requiment yg ada saya sedia adakan jikalau ada peluang untuk bekerja di laut..umur saya sekarg 23..di harap kawan2 dapat membantu saya..terima kasih

  26. Assalamualaikum Abg Man…..
    Saya ada bosiet, travel safely by boat, OGSP, Certified IMCA ROV Pilot, registered Malaysian Seafarer, Basic Safety Training (STCW95), Medical UKOOA. SPM je n takde pengalaman keje offshore atau kapal. Pengalaman keja IT, Teknikal n bidang mechanical. Dah ada semua tu mana nak mintak keje offshore ni? Lupa lak, Bosiet approved OPITO amik kat MSTS Pasir Gudang.
    ni email saya [email protected]
    Apa2 hal Terima Kasih Abg Man :)

  27. salam.saya merupakan pelajar Bekas pelajar kimpalan dan lepasan sijil mekanik industri tahap 1 dan 2,dari institut lathan perindustrian kota kinabalu,dan saya pernah mengikut kursus NIOCH-safety Oil and Gas(Paspport) dan lulus serta mendapat kad tersebut,dan saya mempunyai kad cidb,serta mempunyai lesen welding 3G,dan 4G yang dikeluarkan oleh TWI…saya ingin bertanya apakah saya layak untuk berkerja di pelantar minyak atau mana-mana syarikat oil and gas?saya berharap tuan dapat membantu saya.sekian terima kasih.

  28. Adakah dgn memiliki ijazah sarjana muda kejuruteraan awam boleh bekerja dalam sektor ini ? Apakah peranannya ? Terima kasih..

  29. salam bang, saya berkelulusan diploma kej mekanikal (manufacturing). sy juga ada certificate radiografi industri (MLVK/RT/Level 1). tapi sekarang saya berkerja sbg TA di telekom malaysia berhad dgn jawatan berstatus kontrak/leasing. saya sgt berminat bekerja dalam bidang upstream / downstream ni. saya harap abg dapat bantu saya mencari pekerjaan dalam bidang ni. kalau ad ape2 info, harap abg dapat contact sy di +60139774948 / [email protected].

  30. saya lepasan spm sahaja..sekarang saya bekerja bahagian operation dan mempunyai sijil boilerman gred satu..saya berharap dapat jawatan di pelantar minyak..apa saja jawatan pun jadilah sebab saya sangat berminat bekerja di pelantar utk menambahkan pengalaman saya.

  31. salam..bang saya ada sijil thap 3(skm) jurusan juruteknik marin mekanikal.apakah sya layak untuk kerja di offshore?apakah bahagian yg sesuai untuk sy?tolonh bantu ye abang

  32. Salam,juz mau share….bkam sume org yg ada keinginn mau ke pelantar tcpai,sdgkan sya lpsn instep,lom bpeluang utk naik ke pelantar…..p pa yg penting,adlah usha kpda yg berkeinginan,doa and tawakkal,iallah…

    • Salam..

      yup.. memang betul.. ada ramai lagi yang ingin bekerja di pelantar minyak.. yang lepasan instep mahupun UTP pun ada yang tak dapat kerja oil and gas or kerja terus dengan Petronas sekali pun.. tapi yang penting kena rajin usaha dan terus mencuba.. insyaAllah..

  33. assalamualaikum :) terimakasih atas info yg dikongsi. saya amik kos safety&health dan saya tertarik dengan offshore jadi bila dh lepas habis belajar nnti peringkat awal untuk saya ceburi bidang ni acanee ea :) nak lebih detail lg, terima kasih :D

    • Wassalam..

      Safety and Health mmg mcm goreng pisang sekarang.. pendapat saya, carik pengalaman dulu, pastu dalam masa yang sama peka dengan kekosongan jawatan untuk bekerja di pelantar minyak. InsyaAllah ada tu rezeki..

    • Salam.

      google MSTS Johor Port.. kalau nak yang ada OPITO.. kalau biasa punya Bosiet dalam Malaysia, ada banyak.. Consist, Sequ Offshore Safety Sdn Bhd. etc

  34. salam…

    saya pelajar poli..amek mekanikal am.
    saya minat nk keje dlm bidang ni..

    jadi lepas abis diploma:

    1)sambung degree
    2)belajar sambil bekerje
    3)terus kerje

    mana satu yang patut saya pilih ye bang?atau ada cadangan lain.,,

  35. salam bang :)
    nk tye siket abg..saya baru habis blajar dlm ijazah kejuruteraan bioprocess..boleh ke sy msk bidang ni..n perlu ke sy ambil sijil utk memantapkan lg peluang utk sy dpt kerja :) terima kasih abg :)

    • Salam..

      bioprocess? saya tak berapa pasti.. tp mungkin boleh masok bahagian chemical kot.. sebabnya oil and gas pun bukan sahaja pada engineering technical sahaja, malah chemical pun penting gak.. selalunya diorang kerja dalam lab..

    • Wassalam..

      Rezeki ada dimana2.. insyaAllah ada.. tp saya sarankan, ambik kursus tambahan seperti jadi scaffolder ke, welder ke, crane operator ker.. kalau tak, mungkin agak sukar, tetapi tak mustahil.

  36. Salam tuan Man.saya berumur 40 tahun dan mempunyai sijil boilerman gred 2,bolehkah saya bekerja di Brunei dan saya tiada pengalaman kerja offshore.

  37. Salam singgah dari orang minyak jugak. tp wat design je. haha. ade kosong offshore x? overseas pun x kisah. dip, 3 thn exp, pdms… 0193885808

    • Salam..

      selamat datang sahabat.. buat masa ni takda.. tapi design byk main ngan consultant kan, sepatutnya kadang2 kena gak turun offshore nak evaluate..

    • insyAllah ada.. Petronas pun ada bahagian chemist diorang sendiri.. yang penting rajin mencuba. syarikat besar-besar ni bukannya senang nak dapat.. Ada rezeki, insyaAllah tak kemana.. :)

    • Salam..

      Nak dapatkan smart card petronas ke? boleh mohon kat HSE Petronas Carigali ataupun Petronas KLCC bahagian HSE gak.. kena bawa medical checkup Petronas Standard..

  38. salam bang….in shaa Allah by end of this year i will get my degree in electrical & electronic engineering. jawatan apa yang boleh saya apply untuk bidang offshore ni? n how to apply? terima kasih~

  39. hi roy
    ada kerja untuk scaffolding 1 kah ..untuk adik ipar ..sekarang tengah mencari pekerjaan di offshore. dia memiliki pengalaman 15 thn dlm bindang ni tapi bukan di offshore. kalau ada kekosong sila email ke addrss nie ya.

    tq.pauline

  40. assalamualaikum wr wb….
    bang sya ingin bertanya jika pemohon kerja ini pernah mengalami patah tulang pada beberapa tahun yang lalu, adakah ia tidak layak memasuki kerja2 pelantar ini, walau pun dalam bidang dapur????

    please wreply sya ASAP…

    respon abang amat dihargai..
    Joel post cerita Gotong royong bersih sawang…, jom tengok!

  41. Salam abg..saya nak tya..
    Lesen bosiet dlm tempoh 2 tahun ke sah?
    Lps tmat tempoh kita kena renew balik or kena ambik lesen tu balik?
    Sebab saya dapat tawaran kje dari exec maritime,so saya nak tahu kepastian dari orang lain..

    • Salam… Bosiet 4 tahun sah.. kena renew sebelum tamat, kalau renew selepas tamat, kena buat semua assessment balik.. kalau renew sebelum tamat, certain2 assessment jer kena buat..

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge