Bekerja Offshore atau Pelantar Minyak
Assalamualaikum semua..
Oklah, banyak juga soalan dan pertanyaan yang saya dapat mengenai kerja Offshore. Ada yang bertanya bagaimana nak kerja offshore, apa syarat-syaratnya dan sebagainya. Oklah, disini saya beritahu serba sedikit apa yang diperlukan untuk bekerja offshore, setakat pengalaman saya.
Untuk yang ingin bekerja offshore, anda semua mestilah sihat tubuh badan, bersedia untuk menjalani ujian BOSIET (Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training). BOSIET adalah wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin bekerja di offshore, tidak kiralah apa jawatan sekalipun samada Engineer, Technician, Chef, Janitor, Imam Surau, Rigger, dan sebagainya. Tiada kompromi. Selain daripada itu, satu lagi kursus yang penting ialah Travel Safely by Boat. Kalau lulus ujian ini semua, insyaAllah anda boleh bekerja di Offshore.
BOSIET ini terdiri daripada HUET iaitu Helicopter Underwater Escape Training serta Sea Survival, contoh seperti dibawah;
Basic First Aid serta kaedah melawan api juga akan diajar. Selain daripada itu, jenis-jenis siren, H2S dan sebagainya juga akan dipelajari. Jika anda perlu untuk bekerja di negara yang mengikut standard OPITO, pusat pembelajaran yang anda pilih mestilah mendapat pengiktirafan OPITO. Di Malaysia, cuma ada 4 pusat pembelajaran yang mendapat pengiktirafan OPITO untuk BOSIET iaitu, Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd (ALAM), MSTS Asia di Johor Bahru dan di Miri serta SMTC Malaysia juga di Miri.
Jika BOSIET anda tidak mendapat pengiktirafan OPITO, anda tidak dibenarkan untuk naik ke pelantar yang mengikut standard OPITO seperti offshore di Australia. Penambahan di Australia pula, anda perlu mendapat satu kad khas yang dinamakan MSIC (Maritime Security Identification Card) yang dikeluarkan oleh badan khas yang diiktiraf oleh kerajaan Australia. Okaylah, nanti untuk entry seterusnya, saya akan sambung balik yer..
Related posts:


Salam,
Terutamanya Pemilik blog ini..
Nama saya Mr.os hehe orang panggil
saya wald,saya orang baru kat blog ini
diharap kedatangan saya di sini di alu-alu
oleh pemilik blog ini,….:)
Saya akan kembali lagi
dengan tips yang berguna:)
Terima Kasih
oswald
Berfikir Cara Saya
My name is Salihin Md Shah
I just have my SPM as my academic qualification
I want a job that the payment is quite high
I heard working in this industry gives quite a big amount
Macam mana nak mintak kerja nie?
Do reply me pleaseeeeeeeee
luqz_phioe@yahoo.com or 0102104596..
Assalamualaikum, to be honest this kind of job is not easy to get. You need to be more advanced then the others. You said that you are SPM holder, how about be one step ahead. Take some extra courses such as Welder, Rigger, Electrician etc. Or try to continue your study in Petroleum Technology.
Keep trying.. InsyaAllah..
salam…sya nak tnya sikit..kpada abang..
sya tngah belajar dalam bidang kejurutraan mekanikal….
adakah saya ada peluang untuk bekerja di sektor ini..:)
Salam..
Mekanikal tu memang ada peluang, insyaAllah.. Oil Rig memang banyak benda mekanikal pun… hehehehee
assalamualaikum .saya nak tanya sikit boleh tak saya ada certificate welder 6GC tapi sudah lama expired kalu saya pohon jawatan welder ada harapan tak.terima kasih
Wassalam..
Kalau jawatan Service Engineer tu, takleh. Sebabnya requirement dari bos mesti degree. Tapi nak pohon jawatan welder kat syarikat ni, kami tak pakai welder lak.. takpun renew balik jer sijil welder tu, pastu cuba pohon keje kat MMHE ke, Kencana ke, Brooke Dockyard ke, ni suma fabricator yang tengah ada job skrg nih..
terima kasih atas info yang anda berikan :]
salam….saya ada degree in mechanical engineering jawatan apa yang bole saya apply untuk bidang offshore in?terima kasih~
Wassalam..
Kalau Degree, tak semua engineer duduk dekat platform. Engineer kadang-kadang jer turun platform. Melainkan technician jer yang duduk platform 2 minggu macam tu. Degree Mechanical boleh apply untuk Mechanical Engineer, Commissioning Engineer, Project Engineer..
salam nk tyer smthng…kt offshore kalu nk kejer bhgian catering @tukangmasak rabun boleh x lepas wat pasport keselamatan n medical checkup
Wassalam..
Mungkin agak sukar, sebabnya medical untuk pergi offshore agak ketat. Semua akan check, pendengaran, penglihatan, berat, tekanan darah, dsbnya.. Pendapat saya mungkin agak sukar.. Untuk buat Safety Passport Bosiet, mungkin takda masalah sebabnya medical untuk buat Safety Passport cuma untuk pastikan yang kita fit untuk buat training BOSIET jer. Tapi medical untuk pergi platform adalah berlainan. Medical untuk pergi platform lebih ketat..
oh begitu yer…emm saya baru2 nie ada pergi intrview utk position as cook kt syrikat catering utk offshore…dieorng ckp mmg boleh utk hire saya tpi dieorng sruh saya wat full mdical checkup dulu dgn pasport kselamatan…dah ader tuew br boleh anta ke maner2….tuew yg saya confius tuew…yela sbb nk wat sumer tuew guner dwet kan…takut 6t dh byar sumer n x lulus mmbazir je dwet tuew….saya nie mmg pkaispek mata…
pelik pulak.. sepatutnya, bila dia hired dah.. dia yang kena tanggung semua BOSIET dengan Medical Checkup… Platform dekat Malaysia ni follow standard Petronas dan diorang agak ketat sedikit.. luar Malaysia takda masalah, tak perlu medical checkup ni. janji ada BOSIET approve OPITO pun dah cukup..
Cik Abang post cerita Buku Ustaz Azhar Idrus, anda wajib beli, jom tengok!
salam.. saya ada diploma dalam maritime management,boleh x saya apply bahagian pengurusan di platform?? dan saya pakai spek boleh ker berkerja d’atas platform??
Wassalam…
Pakai cermin mata takda masalah nak kerja offshore. Tapi maritime management tu saya tak pasti.. Sebabnya management dengan offshore pun adalah dari kalangan orang-orang lama technician yang dinaikkan. Majoriti yang menjadi core crew dekat platform adalah dari background technical. kecuali bahagian cooker, chef tu semua.
Cik Abang post cerita Buku Ustaz Azhar Idrus, anda wajib beli, jom tengok!
sya nk try nasib cube apply bahagian admin..kt platform .. boleh x cik abang tolong tnya2 kan, sya nk tnyer org offshore xder yg saya knl..
salam…bro klu ade diploma n welding ade paper position x kat pelantar???
Salam..
kalau diploma, boleh mohon jadi tech.. Kalau welding, jadi welder kat platform sana.. memang ada position kat sana, bukan sahaja kat platform, kat fabrication yard pun pakai jugak..
Asalamualaikum, saya ada bst dan sdg menghabis kan sisa kontrak tggl 3 bulan kapal general cargo. Bole ke saya menyertai offshore, saya ada bst je…
Wassalam..
Boleh cuba apply company supply boat atau vessel macam Borcos, Petra, Sarku etc..
Man post cerita Kekosongan Jawatan Oil & Gas Offshore/Onshore Exxon Mobil, jom tengok!
salam,
saya ada dip electronic…saye nk tau keje kat offshore ni berape lame duk kat laut dan darat..org yang ada kelulusan mcm saye ni kerja mcm mane?sy mmg zero bab offshore ni…
Wassalam..
Saya sarankan sambung degree ambil electrical.. Untuk diploma elektronik, memang tiada kelayakan untuk kerja offshore (secara rasminya).. Melainkan vendor, mungkin mereka tak kisah.. Kalau di Malaysia, operation team selalunya menjadi kebiasaan shift 2 minggu offshore, 2 minggu off dan seterusnya.. tp kalau yang lain mcm vendor, surveyor, ikut job.. 3 hari pun ada, 1 hari pun ada, 1 bulan pun ada bahkan 1 tahun pun ada… heheheh.. tapi kalau takmo sambung belajar dah, cuba pelbagaikan sijil yang ada mcm sijil safety ke, sijil Ex ke dan sebagainya..
klu ambik sijil blh keje jawatan pe?gaji?
Assalamualaikum buat tuan blog.
Salam singgah dari orang minyak jugak..haha
Jamal post cerita Petrofac Engineering Services Jobs (Apr 2012), jom tengok!
Wassalam brader Jamal..
Jemput-jemput masuk, jangan segan2.. sama2 kita kongsi ilmu yang ada yer..
ASSALAMMUALAIKUM,APA SYARAT KALAU NAK MINTA KERJA BOAT/SHIP/SUPPLY BOAT/CREW BOAT…………….APA DOCUMENT PENTING PERLU DI BUAT?HARAP BRO DAPAT MEMBANTU…
Wassalam..
Kalau supply boat/Crew boat, saya tak berapa pasti. Tapi saya ada seorang kawan yang dah pangkat kapten pun. dia dulu belajar di Akademi Laut Malaysia..
Man post cerita Disebalik Tarikh 16 Mei…, jom tengok!
Salam bro, saya ni final student degree mekanikal…kalau nak join oil n gas ni, mmg bmi kena less dari 2.3 untuk amek BOSET>>.
Salam..
ok.. BMI bukan 2.3.. tu dah kurus sangat tu.. hehehe… 33 sebenarnya… ini adalah requirement Petronas untuk platform-platform di Malaysia.. Kalau negara lain, tak perlu pun Bmi ni..
Man post cerita Disebalik Tarikh 16 Mei…, jom tengok!
assalamualaikum wbt,
abg man,
saya sekarang berkerja sebagai HELPER scaffolding,
saya bercadang untuk meningkatkan kemahiran tersebut dengan berniat utk menjalani kursus scaffolding erect di cidb,saya ingin bertanya apakah cerah peluang saya seandainya saya mengambil bosiet untuk membolehkan saya berkerja di atas pelantar?selain BOSIET .apakah kursus lain yang selalu diambil perhatian oleh mana2 syarikat yang mengelolakan projet di atas pelantar?adaakah TSTC(terengganu safety training center di iktiraf OPITO?
Wassalam..
Sangat lah sesuai untuk ambil kursus erect scaffolding.. at least kita ada kelayakan yang lebih setapak dari orang lain. Scaffolding memang sangat penting kalau di platform ni, BOSIET yang diiktiraf oleh OPITO cuma ada 3 sahaja.. 1 di JB dan 2 di Miri..
Man post cerita Disebalik Tarikh 16 Mei…, jom tengok!
seandainya saya mempunyai BST DAN TFA perkapalan,dan saya ingin menambah certified saya itu dgn mngambil BOSIET,dan saya hanya berkerja sebagai HELPER kini di paka,apakah peluang kerjaya yang saya boleh apply dengan menggunakan sijil dan pengalaman saya tersebut?saya berharap sangat abg man memberi perhatian terhadap pertanyaan saya ini?ini no tel saya xxxxxx DAN xxxxxxx,,,,dan saya berharap abg man dapat memberi no tel abg man sekiranya tidak keberatan,,,kerana saya ingin berjumpa dgn abg man untuk bertanya dgn lebih lanjut lagi?
Saudara Hieri,
saya padamkan no telefon untuk keselamatan..
BOSIET tu memang wajib kalau nak kerja offshore. Helper pun ada guna juga di offshore, tapi saya cadangkan upgrade seperti ambil kursus welding, fitter, scaffolding, rigger.. at least kita ada kelebihan sedikit berbanding orang lain..
Man post cerita Disebalik Tarikh 16 Mei…, jom tengok!
assalamualaikum..
bagaimana jika seseorang yang berusia lingkungan 37 tahun tiada certificate just SPM but berminat untuk masuk kerja offshore??
pengalaman kerja more than 17 tahun in ship marine construction (Piping).
Wassalam..
Cuba mohon syarikat manpower offshore.. manalah tau ada rezeki.. kalau pengalaman 17 tahun tu insyaAllah mungkin ada peluang lebih sedikit..
Dayang Enterprise
Petra Energy
kalau diploma kejuruteraan elektronik???macam mana pula??
Diploma Kejuruteraan Elektronik? mungkin sukar sedikit.. sebabnya di platform, kebanyakann yang ada cuma Electrical & Instrumentation, Mechanical, Process mcm tu..
Salam Bang Man,
Saya berminat utk buat borseit ni. Bleh saya tahu tak tentang requirement utk berat badan. kalau overweight lepas tak utk attend borseit
Salam..
bukan Borseit.. BOSIET.. hehehe.. untuk buat BOSIET, takda masalah tentang overweight.. yang penting kena ada medical checkup yang mengatakan anda fit untuk buat training bosiet.
Lepas dapat sijil/log book bosiet, kalau syarikat2 enduser takda additional requirement, takda masalah. Tetapi di Malaysia, standard Petronas digunakan di mana BMI tidak boleh lebih 33..
Salam Bang Man,
Saya nak tumpang tanya kalau overweight dapat lepas tak bosiet
Salam..
BOSIET takda masalah.. janji Fit, tapi kalau nak pergi offshore Malaysia ada masalah.. sebabnya standard Petronas BMI tak boleh lebih 33…
assalamualaikum….
lau nak keja untuk crean operator bang,mcm mana ya..?
-dari segi pengalaman dan kemahiran
Wassalam..
Crane operator selalunya kena ada sijil crane operator baru boleh operate crane. Dari segi pengalaman dan kemahiran, takda beza pun.. sama jer.. tapi kalau crane operator mungkin sukar sikit, sebabnya satu platform tu, cuma ada satu jer crane.. ada jugak yang 2.. jadi orang crane memang tak ramai..
Assalamualaikum.. Sy telah dpt course bst je.. Ni ingin memohon keje kat Pelantar minyak offshore sbgai chef.. Jd mcm mana nk dpt keje ini,,
Waalaikumussalam..
Cuba apply dekat dua company ni. Mereka memang popular untuk offshore catering di Malaysia ni.. Selamat mencuba..
http://www.amarco-group.com/offshore-catering.html
http://www.bunga-cempaka.com/index.htm
Waalaikumussalam..
Cuba apply dekat dua company ni. Mereka memang popular untuk offshore catering di Malaysia ni.. Selamat mencuba..
http://www.amarco-group.com/offshore-catering.html
http://www.bunga-cempaka.com/index.htm
[...] sambungan dari entry saya sebelum ini iaitu di sini. Tapi sebelum tu, saya ingin minta maaf sebab lama dah tak update. Maklumlah, agak sibuk. Pekerjaan [...]