Barkat Roti John Asli Dan Ayam Golek

Mar 28th, 2016 by Man in Cik Abang, Cik Akak, Dunia Kami

Assalamualaikum semua..

Lama dah tak update blog ni. 2 minggu yang lepas, saya dan isteri balik kampung di Melaka. Tergerak nak makan roti john lah katakan. Teringat kawan-kawan kata Barkat Roti John. Google punya google, ada cawangan Barkat Roti John Asli Dan Ayam Golek ni dibuka bebetul belakang Giant Batu Berendam.

Dengan bantuan pakcik Waze, jumpalah kedainya..

IMG_20160312_191853_HDR

Apa lagi, kalau dah sampai kedai roti John, takkan nak order satey lak kan, dah tentu order Roti John.. heheheh.. Jadi waktu tu bertiga dengan mak dan isteri, orderlah satu set roti John berharga RM5.00 dan menggunakan French Bread. Berbeza dengan roti john biasa, roti John barkat tiada mayonis serta sos yang melimpah. Cuma inti yang masak didalam roti john, serta kuah cicahan. Terus terang saya cakap, memang sedap (lain tekak, lain citarasanya yer).

IMG_20160312_183255_HDR

IMG_20160312_183228_HDR

Dalam masa yang sama, saya order nasi goreng ayam, manakala isteri saya order Kuew Teow goreng dan mak pula mee rebus. Nak rasa juga ayam goleknya, tapi hari tu seleranya tu tak datang.. 😀

IMG_20160312_191838_HDR

IMG_20160312_191331_HDR

Kepada yang ingin nak merasa Roti John Barkat dan Ayam Golek, boleh rujuk google map bawah ni yer;

Atau website mereka di http://barkatrotijohnasli.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: