Air Panas Gadek, Alor Gajah, Melaka

Cuti tahun baru aritu, kami berdua bergerak balik ke kampung halamanku di Masjid Tanah, Melaka. Jadi dalam kepala dah bajet memang nak pergi Air Panas Gadek dan nak ajak mak sekali tapi tak beritahu dia pun.. Tetiba mak telefon waktu dalam perjalanan balik Melaka tu. Dia nak ajak kitorang pergi Air Panas Gadek… adoi, kantoi.. macam tau-tau lak dia yang memang kitorang ajak nak pergi sana.. hehehheeh… Dipercepatkan cerita, lepas Solat Jumaat, kitorang pergi ke sanalah..


mak dah excited nak pergi tu… hehehee

Sampai jer kat sana terpampang lah gerbang besar Air Panas Gadek ni… rupanya kitorang jer yang ada haaa… takda orang time tu.. yerlah, dalam pukul 3 macam tu, matahari tengah terpacak. Boleh pulak kitorang pergi mandi air panas.. heheheh

Air Panas Gadek

mak dah senyum lebar….

Lepas bayar tiket masuk RM4.00 seorang, mak lah orang pertama masuk kolam.. yerlah, dia dari rumah lagi dah siap pakai tracksuit.. hehehehe.. aku dan wife lak g tukar pakaian dulu..

mak tengah rendam kaki dia…

abaikan muka aku tu.. sebabnya aku memang tak tahan panas… heheheh.. mana taknya, matahari dok terpacak, kitorang g mandi air panas.. hehehe

ni pun tengah control jer tu.. tapi sebenarnya tengah kepanasan tu…

Harga untuk kanak-kanak lupa lak… tapi kalau nak sewa gayung, ada disediakan dengan harga RM1.00… ada banyak kolam jugak dekat situ.. semua bebas nak pergi kolam manapun yang korang suka..

kanan tu tandas/tempat tukar baju untuk perempuan, kiri tu lelaki..


air, pau, jajan etc pun ada dijual… hehehe..

TV plasma ni pun ada.. mungkin khas untuk yang nak tengok Bola Piala AFF Suzuki aritu kot.. tu yang diorang sediakan TV ni..

tengah menahan ‘kesejukan’…..

kolam ni berdepan dengan TV Plasma tadi.. air dia tak sepanas air dalam kolam yang kitorang lepak tu..

ni antara kebaikkan mandi air panas nih.. heheheh.. korang bacalah yer..

selain daripada tu.. ada jugak pesanan penaja.. antaranya..

orang yang ada darah tinggi, kencing manis, angin ahmar, sakit jantung jangan berendam terlalu lama.. boleh muntah dan pengsan. lepas tu tidak digalakkan mandi air sejuk selepas mandi air panas..

lepas 2 / 3 jam kitorang melepak kat situ, kitorang baliklah.. heheheh.. ada banyak lagi cerita menarik..

Bagi sesiapa yang nak mengunjungi Air Panas Gadek ni, kalau dari PLUS, keluar exit Simpang Empat/Alor Gajah. Keluar tol, jumpa roundabout, ambil kiri. Jalan terus sampai(Lebuh AMJ (Alor Gajah -Melaka Tengah-Jasin)) dan abaikan simpang-simpang yang ada sampailah jumpa simpang empat yang tunjuk kanan nak ke Alor Gajah dan kiri nak ke Kampung Gadek. Ambil kiri dan terus sampailah jumpa papan tanda Air Panas Gadek.. senang jer.. hehehe .. kalau tak pasti, hantar jer komen dekat bawah ni yer.. Tengok-tengoklah gambar-gambar yang lain kat bawah ni..

admin
View all posts by admin
s website
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge