12% rakyat malaysia hadapi masalah mental – MPA

Feb 3rd, 2012 by Man in Cik Abang

Petikan dari Bernama

SUNGAI PETANI 3 Feb. – Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

“Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan… penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

“Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak… kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah,” katanya. – BERNAMA

Assalamualaikum..

Ini petikan yang saya ambil dari Utusan Malaysia. Bagi saya, masalah mental ini juga adalah berpunca dari faktor keturunan. Malahan, tekanan juga boleh mendorong kepada masalah mental. Jadi sebaik-baiknya elakkan dari berasa stree atau tekanan ni. Faktor tekanan juga ada banyak puncanya seperti tekanan di tempat kerja, keluarga, pergaulan dan yang paling besar faktornya adalah kewangan.
Sememangnya faktor kewangan boleh mendorong kepada tekanan dan seterusnya masalah mental.

Jangan pandang enteng atau mudah pada stress/tekanan. Cara mudah untuk hilangkan tekanan adalah seperti menikmati pemandangan atau udara yang segar, ketawa, membaca buku yang santai, bercakap dengan rakan-rakan dan sudah tentu untuk umat Islam, membaca Al-Quran atau membuat solat sunat. InsyaAllah mudah-mudahan stress anda akan hilang atau setidak-tidak pun dapat dikurangkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments

 

CommentLuv badge

%d bloggers like this: