Feb
Malaysia vs Jepun
by Cik Abang in Cik Abang

Ok, malam ni Malaysia lawan Jepun. Walaupun tak layak dah ke Olimpik, tapi mari sama-sama kita bagi sokongan. Ini tetap team negara sendiri kan…
Feb
Latif Ibrahim meninggal dunia
by Cik Abang in Cik Abang
Penyanyi dan pelakon era 1970-an, Abdul Latif Ibrahim atau lebih popular dengan nama Latif Ibrahim, 62, meninggal dunia kira-kira jam 6.06 petang di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini.
Allahyarham yang mencipta populariti menerusi filem “Hapuslah Air Matamu” dan “Dendang Perantau” dan lagu “Nora” dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) sejak Sabtu lalu akibat sakit jantung dan komplikasi penyakit lain seperti kencing manis dan masalah paru-paru.
Anak sulung Allahyarham, Mohd Hazriqk atau Eriq berkata, keadaan bapanya kritikal sepanjang hari dan diletakkan di bawah pemerhatian doktor sehinggalah menghembuskan nafas terakhir.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan esok.
Sumber Hmetro.
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Antara lagu yang saya minati ialah Manis Kata Di Bibir Saja
Feb
Kekosongan jawatan bekerja Offshore
by Cik Abang in Cik Abang

Assalamualaikum semua..
Syarikat saya bekerja sekarang ingin mencari seorang Jurutera Servis dan juga Admin cum Receptionist yang baru. Kekosongan adalah urgent dan requirement adalah seperti berikut,
Feb
Sorang demam, pastu sorang lagi demam..
by Cik Abang in Cik Abang
Assalamualaikum semua..
Balik dari Miri, saya kena demam. Tiba-tiba jer kena demam pulak, mungkin cuaca kot. Sebabnya di offshore tempoh hari hampir tiap-tiap hari hujan tak berhenti-henti. Sampai kat Ampang, panas bukan main. Sampai jer dekat Ampang, terus jer pergi klinik Idzham ambil ubat. Tahun ni jer dua kali kena demam, yang pertama waktu balik dari Batam hari tu. Ni balik dari Miri pulak.. huhuhuh
Ni Cik Akak pula demam.. huhuhuhuh.. Nak ajak g klinik, dia kata nanti-nanti lak.. hehehehe.. dia ni memang, susah bebenor nak pergi jumpa doktor.. heheheheh.. takpa-takpa, nanti paksa juga bawa dia pergi.. heheheh
Feb
Pergi Tak Kembali
by Cik Abang in Cik Abang
Assalamualaikum..
Minta maaf sebab lama tak update. Saya pun baru balik dari Offshore semalam dan sekarang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Baru tadi dapat panggilan telefon dari big boss mengatakan yang Admin Exec saya telah meninggal dunia akibat komplikasi kanser payu dara tahap ke 4.
Sebelum ini, pembedahan telah dilakukan untuk membuang kanser tersebut. Tapi sel kanser tersebut telah merebak ke tempat lain. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Arwah Kak Nora.. Al-Fatihah..





